Friday, April 2, 2010

keinginan ku

Dalam aku menempuh hari demi hari...pelbagai perkara yang aku lalui..samaada manis, pahit atau suka dan duka. Semua ini mengajar aku erti kehidupan dan kematangan dalam diri ini..tetapi masih banyak lagi yang aku perlu belajar...belajar dan terus belajar.

banyak yang aku inginkan dalam hidup ini..banyak impian dan cita-cita yang ak ingin gapai..namun ak xpasti dimana permulaannya dan bagaimana pengakhirannya...semakin aku cuba untuk mendapatkannya, semakin kabur jalan ke arahnya....
aku tetapkan dalam hati ini..
percayalah ade hikmah yang tersembunyi...

sehinggakan mungkin sampai satu saat, ak lelah dan xmampu lagi mengejar....
aku mungkin kehilangan arah...
aku mungkin berada dipersimpangan...yang mne harus aku pilih...
disaat itu, aku akan menyedari tiada sesiapa yang boleh menolong aku memilih arah..
hanya aku yang mampu membantu diri aku sendiri..

andai kata pilihan aku nanti bukan kegembiraan yang aku harap2 kan..
namun itu adalah pilihan yang aku buat...
seharusnyer aku berusaha untuk membuat kegembiraan itu hadir...

aku tahu aku boleh buat...
aku tahu semua itu tak mustahil....
aku akan cuba lagi..
dan akan terus mencuba..
sehinggalah titisan keringat yang terakhir..

wish me luck!!

luv...
nonoeilma

No comments:

Post a Comment

link here

Related Posts with Thumbnails